Friday, August 13, 2010

surat untuk hawa



Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin , jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya...

antara sentuh awek dan anjing

Sekadar renungan dan ingatan bersama…

LEMBU: Hai anjing, kenapa ni? Macam ada yang tak kena je?

ANJING: Aku tengah geram ni. Mahu je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa plak?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia (lelaki dan perempuan) yang sedang berkepit. Tiba-tiba si lelaki terperanjat dan terus melompat serta berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Iyelah, kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .

ANJING: Kalau aku najis sekali pun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu kenapa? Ingat dosa tu boleh samak ke?

LEMBU: Betul cakap kau tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, adalah lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang kau anjing, malah tak boleh di suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat kau memang hebat la... manusia kena ubah pepatah lah lepas ni "Pandai macam LEMBU".


Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat) serta bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram (SENGAJA) adalah berdosa dan merupakan maksiat.

persahabatan


di jalan Allah, persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia,
kerana Dia, aku mengenalimu...
kerana Dia, kita mengukir kenangan...

semoga persahabatan yang terisi dengan kasih dan sayangNya,
akan kekal hingga ke Jannah....

Amin...

Thursday, August 5, 2010

sajak Aminah Qutbi



Sekiranya, Kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya...

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga...

Ya Allah,
andai dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
..

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku......

jika


Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu,
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja,
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup....

Begitu juga,
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang,
Setelah ia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya,
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja,
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air, biarlah berpada,
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh,
Cukuplah sekadar KEPERLUANmu,
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula,
Akhirnya ia dibuang,
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
Mungkin ia masih dapat digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH dia seadanya,
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA
Anggaplah dia manusia biasa,
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya,
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya,
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA,
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu,
Mengenyangkan…
Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain?
Terlalu ingin mengejar kelazatan,
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya,
Kamu akan MENYESAL....

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang yang membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU……..
MENGASIHIMU………
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN,
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain....


Kita sebagai manusia kadangnya tidak peka dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Kita tidak peka dengan kehendak dan harapan orang lain sehingga ada yang cuma mementingkan diri sendiri dengan menidakkan kepentingan malah perasaan orang lain.

Kita kerap melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Mungkin kerana kita tidak berfikir panjang, kita tidak mahu beralah, terlalu menurut kata hati, tamak dan sebagainya yang akhirnya mewujudkan kekecewaan dalam diri kita sendiri yang kadangnya boleh menimbulkan penyesalan yang tidak berkesudahan.