Saturday, September 25, 2010

don't judge a book by its cover


Kedudukan wanita yang solehah tidaklah dapat dicapai dengan hanya menonton drama filem cinta Korea atau membaca novel-novel cinta atau menyertai mana-mana jemaah atau kumpulan lalu memakai pakaian jubah dan bertudung labuh sahaja.

Kita tahu betapa ramai wanita bertudung labuh dan berjubah sering menghancurkan hati lelaki-lelaki yang beriman dan mengecewakan para pejuang Islam dan kita juga tahu wanita yang mengambil jurusan agama pun seringkali mungkir janji dan berlaku khianat.

Seperti lelaki, kita juga mengetahui lebai dan kopiah boleh dipakai dan ditanggal sekaligus juga janggut boleh tumbuh dan dicukur lalu menjelaskan bahawa penampilan luaran selalunya tidak dapat dijadikan sebagai kayu pengukur kesolehan dan kebaikan..

Malaysia kini kian dipenuhi wanita-wanita yang tidak bertudung, tidak menutup aurat, jahil agama dan tiada kesedaran untuk melaksanakan Islam tetapi dalam kerosakan itu ada di celah-celah kaca yang melukakan anak adam akan sejumlah wanita suci yang bersih hatinya tetapi diuji oleh Allah dengan berada di lingkungan kekotoran.

Mereka membesar tanpa ilmu agama, tanpa hidayah pertunjuk lalu hidup sosial dan bebas sehingga merosakkan diri mereka tetapi punyai hati yang bersih dan suci. Alangkah bagusnya jika lelaki-lelaki muslim mendapatkan wanita-wanita ini dan membimbing mereka sehingga mendapat hidayah dari Allah swt.

Sebaliknya kita mengetahui pula, wanita yang berpakaian jubah dan tudung labuh dan mendalami pengajian agama juga kerap kali melanggar batas dan merasa mereka mulia serta beragama sehingga menyebabkan mereka merasa bongkak dan sombong serta ego dan berlagak lalu dengan itulah mereka selalu menghancurkan diri mereka.

Menjadi perkara biasa mereka tidak mengenang budi pada lelaki yang berkorban masa depan dan hidupnya kepada mereka dan dengan mudah beralasan konon mahu menjaga hati dan maruah konon tidak mahu bercinta-cinta dan menerima cinta lelaki.

Mereka kemudian tergedik-gedik mahu berkahwin dan sedia menerima cinta apabila lelaki sefikrah dan sefahaman dengan mereka atau lelaki pilihan mereka datang menghulur bunga "ukhuwah"
dan kemudian berkasih-kasihan dengan mereka di bawah "Cinta Islamik".

Alangkah baiknya sekiranya lelaki muslim yang beriman mengalih mata mereka kepada hati dan melihat kepada peribudi akhlak dan kesungguhan hati yang ingin kebaikan dari seorang wanita lemah di jalanan, di pasaraya, di kota-kota dan bandaraya mungkin mereka akan menjumpai wanita yang dengan mudah dapat menanggalkan pakaiannya untuk diberi kepada lelaki yang dicintainya.

Lalu ketika itu alangkah bagus jika lelaki yang beriman menahan perbuatannya dan mengajar wanita yang suci hatinya akan erti agama, taqwa, malu dan maruah serta menunjuk ajar kepadanya jalan sunnah rasulullah sehingga akhirnya wanita itu benar menanggalkan pakaiannya kepada lelaki itu tetapi dalam hak dan benar menurut syariat Allah swt.

No comments:

Post a Comment