Wanita ibarat epal, epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah, tetapi epal yang berkualiti tidak mampu diperolehi kerana berada di puncak, susah dipetik susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau kenapalah diriku ini masih belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan dirinya menyembah bumi sedangkan ALLAH swt telah menjadikannya begitu bermartabat tinggi. Tiada sesiapa yang boleh memetiknya melainkan pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat bersama bidadara, siapa tahu? Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan CINTA ILAHI sentiasa mengiringi.
No comments:
Post a Comment